NurHazirah Razhan's avatar'
NurHazirah Razhan5 tahun yang lepasAbout Job Interview

Saya mempunyai kelemahan untuk menjawab soalan temuduga. Bila temuduga tanya saya rase mcm otak saya blank. Bagaimana saya ingin memperbaiki cara menjawab soalan temuduga? ada tak mock iv training?

2
Sera's avatar'
Sera5 tahun yang lepas

Hello Hazirah, jangan risau. Even orang yang selalu attend interview pun masih lagi nervous dan itu normal, so nervous sebelum interview tu normal je.


Tapii ada juga cara yang awak boleh guna untuk memperbaiki cara menjawab soalan temuduga.


1.Pastikan awak mempunyai rehat yang cukup sebelum temuduga


  • Ini penting, kalau awak penat sebelum interview, awak akan tend untuk cepat nervous sebab awak tak larat. tambah tambah lagi interview memerlukan awak menjadi lebih cergas.


2.Awak dah buat research tentang syarikat tersebut


  • Research ni penting! sebab awak nak bekerja di syarikat tersebut dan mereka nak tahu sama ada awak sesuai atau tidak bekerja di syarikat itu so dengan buat research, awak belajar lebih lagi tentang company tu.


3.Practice, practice, practice.


  • Mock interview? Awak boleh buat sendiri jugak benda ni. Caranya, awak just bercakap di depan cermin. Awak baca artikel yang berkaitan temuduga & cari soalan yang agak common dan bercakap di depan cermin. awak boleh nampak ekspresi muka awak sewaktu bercakap.


Harapnya tips ni membantu awak sedikit, tetapi kalau awak inginkan lebih banyak tips. Boleh dapatkan konsultasi bersama saya atau HR yang lain di www.askpro.my

1