adakah semasa probation period pekerja tidak mempunyai hak untuk mendapatkan payslip?
Assalamualaikum dan selamat petang,
Saya merupakan seorang fresh grad dan baru sahaja diterima bekerja sebulan yang lalu. Saya masih dalam probation period. Saya telah menerima gaji untuk bulan Januari. Namun begitu, saya tidak diberikan payslip. Adakah semasa probation period saya tidak akan diberikan payslip? Jika saya mempunyai hak untuk mendapatkan payslip, apakah formal procedure yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan payslip tersebut? Dan jika pihak syarikat masih belum memberikan payslip walaupun sudah diminta, apakah langkah selanjutnya yang perlu saya lakukan? Terima kasih?