Probation saya 3 bulan sahaja dalam kontrak tapi ini dah masuk bulan ke 4 saya masih lagi probation , boleh ke saya hantar notis berhenti 24 jam ?
Saya start kerja bulan january jadi bulan january bermula percubaan saya , seperti yang dijanjikan dalam kontrak percubaan saya hanya 3 bulan tapi sekarang dah masuk bulan yang ke empat saya masih lagi percubaan dan tiada kontrak baru yang menyatakan saya disambung kontrak percubaan, hanya melalu verbal sahaja , semasa percubaan juga kwsp dan socso saya juga tidak dipotong oleh pihak majikan , malah cuti sakit , public holiday dikira unpaid leave dan gaji saya di tolak , jadi ada kah boleh saya menghantar notis 24 jam tersebut ? Adakah pihak sana akn mengambil tindakan apa apa ? Saya perlukan jawapan segera