H**** I********'s avatar'
H**** I********4 bulan yang lepasAbout Probation

Probation period 3 bulan tapi dalam kontrak tidak dinyatakan berapa lama tempoh notice period diperlukan jika ingin resign.

Assalamualaikum. Saya mohon pencerahan. Saya masih dalam probation period tapi telah menghantar resign letter dengan notice 1 bulan. Sebelum saya hantar, saya sudah semak kontrak dimana tidak dinyatakan tempoh notice period semasa probation period. Dalam kontrak hanya menyatakan notice period 3 bulan tapi tiada kenyataan samada dibawah probation atau selepas menerima confirmation.

Sebelum menghantar surat resign, saya buat semakan dengan pihak HR dan saya diberitahu tiada notice period semasa probation period hanya selepas mendapat confirmation.

Namun, pihak HR membalas email saya selepas 2 minggu dari tempoh saya hantar surat resign dan menyatakan saya perlu penuhi 3 bulan notice dan pihak syarikat berhasrat untuk mengenakan bayaran jika tidak dapat penuhi tempoh yg dinyatakan.

Adakah saya masih berhak untuk pertahankan hak saya dimana di dalam kontrak tidak menyebut apa apa tempoh notice period semasa probation period?

Saya berasa tidak adil walhal saya dah semak dgn pihak HR sendiri melalui aplikasi WhatsApp dan telah memberitahu saya tiada notice period semasa probation period. Namun, selepas menerima email, pihak HR mengatakan bahawa mesej dari beliau adalah bermaksud ‘termination period - syarikat pecat/terminate saya’ bukan notice period yang dimaksudkan.

Mohon pencerahan.

0
Umairah Zulaikha's avatar'
Umairah Zulaikha4 bulan yang lepas
Dalam kebanyakan kes, tempoh notice period semasa probation period adalah lebih pendek berbanding selepas menerima confirmation. Jika dalam kontrak tidak dinyatakan dengan jelas berapa lama notice period semasa probation period, maka biasanya dianggap sebagai 1 bulan notice period. Anda boleh berhujah bahawa pihak HR sendiri telah memberitahu bahawa tidak ada notice period semasa probation period melalui aplikasi WhatsApp sebelum anda menghantar surat resign. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk berkomunikasi dengan pihak HR secara formal mengenai situasi ini dan membawa bukti percakapan melalui aplikasi WhatsApp sebagai rujukan. Jika pihak HR tetap berpegang kepada 3 bulan notice period, anda perlu mendapatkan nasihat undang-undang untuk melindungi hak anda dalam kes ini.
0