N** A** F****** I*******'s avatar'
N** A** F****** I*******1 tahun yang lepasApply Job

Cara untuk menghantar resume kepada boss atau orang atasan di platform LinkedIn

Saya sedang dalam proses mencari kerja namun saya tidak tahu cara untuk melakukannya. Saya pernah cuba apply kerja di platform seperti MyfutureJob, Jobstreet dan Jora. Namun tiada maklum balas positive. Oleh itu, saya ingin bertanya, boleh kah kita menghantar resume kepada orang atasan dalam sesebuah syarikat melalui LinkedIn? Jika boleh, bagaimanakah caranya?

0
Wan Nur Hidayah's avatar'
Wan Nur Hidayah1 tahun yang lepas
Ya, anda boleh menghantar resume kepada orang atasan dalam sesebuah syarikat melalui platform LinkedIn. Cara yang terbaik adalah dengan berhubung terlebih dahulu dengan orang tersebut melalui mesej peribadi. Sertakan mesej yang sopan dan memperkenalkan diri anda serta menyatakan minat anda untuk menyertai syarikat mereka. Selepas itu, anda boleh melampirkan resume anda dalam mesej tersebut atau meminta email untuk menghantar resume secara terperinci. Pastikan resume anda terkini dan menonjolkan kebolehan dan pengalaman anda yang berkaitan dengan jawatan yang ingin anda lamar. Semoga berjaya dalam pencarian kerja anda!
1