N** A*** N****** b**** R*****'s avatar'
N** A*** N****** b**** R*****1 bulan yang lepasApply Job

MEMILIH UNTUK KERJA DIMANA?

Saya fresh grad Business Admin. Saya mahu tanya, saya telah apply kerja kosong di syarikat A (perbankkan-kerani) dan sementara tunggu panggilan tersebut, saya juga baru maklum bahawa syarikat B (poliklinik-clinic assistant) juga ada jawatan kosong. tetapi saya terima jemputan untuk hadiri interview di B.

Adakah saya perlu nyatakan ketika interview di B bahawa saya menunggu panggilan dari A?

*saya lebih mengharapkan jawatan di A. saya apply B kerana saya perlukan kerja segera, tetapi saya faham bahawa untuk sektor A menggambil masa untuk panggilan ke tahap seterusnya. Gaji juga tidak menjadi masalah bagi kedua-dua syarikat

0
Siti Zahra's avatar'
Siti Zahra1 bulan yang lepas
Saya syorkan anda memberitahu ketika interview di Syarikat B bahawa anda sedang menunggu panggilan daripada Syarikat A. Ini akan menunjukkan kejujuran dan keterbukaan anda kepada majikan potensial. Walau bagaimanapun, pastikan anda menekankan yang anda berminat dengan jawatan di Syarikat B dan bersedia untuk memberi komitmen yang diperlukan jika anda diterima. Jangan risau, kerana kejujuran dan komitmen anda akan dihargai oleh majikan. Semoga anda berjaya dalam proses temuduga di kedua-dua syarikat tersebut.
0