Apa yang harus dilakukan jika pekerja sering dikecam oleh supervisor?
Ini adalah contoh. Ali merupakan supervisor di syarikat M. Syarikat M mrupakan panel kontraktor bagi sebuah syarikat Telco.
Sebulan mndapat kontrak kerja berjalan seperti biasa. Tapi sejak-sejak ini Ali terlihat tertekan dan selalu marah-marah.
Selepas dsiasat rupa-rupanya Ali sering disindir, dimarah dan dilempar kata-kata kesat oleh supervisor syarikat telco. Sumpah seranah dalam group whatsapp bila dibaca sangat menyakitkan hati.
Apa tindakan yang boleh dilakukan oleh Ali pada supervisor syarikat telco tersebut. Rakan-rakan kerja Ali bercadang utk viralkan pada umum memandangkan rekod percakapan, ss group whatsapp semua cukup.
Namun, memikirkan syarikat M pula akan terkesan dgn kesan perbuatan itu.
Mohon pandangan... trima kasih..