Staff buat hal selepas sign offer letter.
Saya nak tanya boleh majikan turunkan gaji staff? Contohnya Staff tersebut jawatan sebagai Marshal/front counter dan gaji Rm2500. Apabila sudah menandatangani offer letter, staff tersebut buat perangai seperti datang lewat, tidak masuk kerja dan sekarang dia mengatakan dia tak mahu jaga counter. Sedangkan dia cuma perlu cover bila ada staff tak dtg dlm 1kali seminggu shj. Tetapi sekarang Dia tak nak jaga counter. Dia hanya nak buat kerja lain sebagai marshal. Bolehkah pihak majikan memotong/turunkan gaji dia 1800-2000 sesuai dengan kerja dia nak buat sahaja. Bagi pihak majikan Gaji Rm2500 untuk Kerja marshal & front counter.