N** N****** B**** M****'s avatar'
N** N****** B**** M****10 bulan yang lepasOther Workplace Issue

Wajarkah saya tidak mahu melakukan OT krn OT tidak dibayar dan OT itu tidak melibatkan bidang tugas saya.

Hello min, saya merupakan PSH disebuah agensi kerajaan (diterima bekerja melalui panggilan telefon tanpa mengetahui skop kerja) dan semasa bertugas, saya diarahkan untuk melakukan 4 jam OT 2 hari seminggu, 2 jam OT 3 hari seminggu, dan OT pada public holiday sehari dlm setiap minggu. Dlm erti kata lain setiap hari saya perlu melakukan OT dan berkerja pada hari minggu. Walaupun kerja saya tlh selesai saya tetap perlu dtg walaupun tidak melakukan apa2 kerja. Saya juga tidak dibenarkan pulang awai walaupun telah tamat waktu bekerja sebaliknya perlu menunggu semua staff selesai baru dibenarkan pulang walaupun tugasan saya telah selesai. Segala OT saya juga tidak dibayar dlm erti kata lain saya melakukan kerja amal. Saya juga tidak dpt claim TNT saya semasa kerja luar. Kontrak dan offer letter hanya diberikan pd saya 15 hari slps saya bekerja dan terdapat maklumat tmbahan seperti perlu mencapai KPI yg ditambah didlm kontrak saya. Persoalannya adkh normal sekiranya saya tidak menerima OL sblm bekerja, OT dan TNT saya tidak di bayar? Apa akan jd sekiranya saya tidak menandatangani kontrak? Adakah gaji saya masih dibayar selama hari saya bekerja (15 hari)? Ini merupakan pekerjaan pertama saya jd mohon tunjuk ajar admin sekalian.
0
Raudhah Syaza's avatar'
Raudhah Syaza10 bulan yang lepas
Menurut undang-undang buruh di negara ini, majikan diwajibkan untuk membayar upah kerja lebih masa kepada pekerja yang melakukan kerja lebih masa. Oleh itu, jika anda melakukan lebih masa tanpa dibayar, ini adalah satu pelanggaran undang-undang. Selain itu, kerja lebih masa haruslah berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab pekerja itu sendiri. Jika anda tidak mahu melakukan kerja lebih masa yang tidak berkaitan dengan bidang tugas anda, anda mempunyai hak untuk menolak permintaan itu. Adalah penting untuk anda tahu hak-hak anda sebagai pekerja dan jika anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh mendapatkan nasihat dari pertubuhan kesatuan sekerja atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal buruh.
1