Sesuai ke untuk berhenti kerja sekrang?
Aku tk tahu la. Kadang kadang rasa mcm jadi kuli pun ada. Byk kali dh aku cuba nk berhenti kerja tapi tk dapat sebab aku takut. Dgn situasi sekarang semua tapi aku tak tahan dah. bagi pendapat please.
Ini jawapan yang sepatutnya diberikan:
Lihat dulu keadaan sekeliling, adakah sesuai untuk awak meletakkan jawatan semata-mata kerana tidak tahan dengan kerja yang diberikan. Bagi pendapat saya, dalam situasi sekarang agak membimbangkan dimana pendemik ini masih berlarutan, ramai orang yang kehilangan pekerjaan dan tidak dapat mencari pekerjaan sehingga kini. Saya cadangkan, sementara bertugas ditempat sekarang, adalah lebih baik "menyelam sambil minum air". Sambil bekerja, sambil itu juga apply kerja yang baru bagi mengelakkan kesukaran mencari kerja semasa tidak bekerja. Cari kerja yang awak rasa gembira untuk lakukan.