s****** a******'s avatar'
s****** a******5 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Boleh ke berhenti kerja sebab kesihatan?

Saya bekerja di kilang abg operator. Saya masuk kerja sihat tapi lepas 5 bulan bkerja, saya mula sakit pada bhgian rahim serta pinggang sebab angkat berat. Perlu tak berhenti dan cari kerja office?
0
Alysah Ali's avatar'
Alysah Ali5 tahun yang lepas

Kadang-kadang kerja tersebut tidak sesuai dengan keadaan diri kita lagi-lagi wanita untuk mengangkat barangan berat. Selalunya, jawatan tersebut ditugaskan untuk lelaki atas sebab keselamatan dan kekuatan untuk mengangkat sesuatu barang. Ada pula salah cara untuk mengangkat barang berat sebab setiap perkara tersebut ada S.O.P untuk menjaga keselamatan & kesihatan kepada pekerja.


Saya cadangkan, sila buat pemeriksaan kesihatan terdahulu dan jika doktor menyatakan bahawa awak perlu berhenti atas sebab kesihatan dan jawatan awak sandang tidak sesuai dengan awak, awak boleh teruskan untuk meletak jawatan. Jika boleh dalam masa sama, cari kerja yang bersesuaian dengan awak.

1
Sera's avatar'
Sera5 tahun yang lepas

Kalau atas faktor kesihatan, saya sarankan untuk awak berhenti tetapi dalam waktu yang sama, better awak dapatkan dahulu pekerjaan baharu sebelum berhenti. Itu hanya pandangan saya.

1