Tan Swee Fang's avatar'
Tan Swee Fang•3 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Betul ke employer tak nak ambil wanita mengandung bekerja?

Min, I nak tanya something ni. Betul ke employer tak nak ambil wanita mengandung bekerja? Sebenarnya, saya dah kerja kat company saya sekarang ni dah 3 tahun dan saya dalam process nak cari kerja baru sebab company sekarang buat unpaid leave dah 2 bulan tapi pada masa yang sama saya baru je pregnant ni. Saya dah pergi 3 interview dah, tapi diaorang tak nak proceed dengan next interview saya walaupun saya memang ada experience dekat kerja yang saya apply tu. Hmm jadi nak tanya, ada tak sesiapa yang penah mengalami benda yang sama & macam mana diaorang handle?
0
Jia Qi's avatar'
Jia Qi•4 tahun yang lepas
Sy pernah ditempat tuan punya post. Company dah start potong gaji. Try cari keja. Sy ni pregnant nampak mcm tak pregnant walaupun masa tu 5 bulan. Bila HR call cakap tahniah kita nak hire awk bla bla, time tu sy mention sy pregnant. Mmg on the spot reject. Nasihat sy, jgn pegi iv waktu pregnant, sensitif weh. Tak leh trima hakikat masa tu. Semoga tuan punya post/sesiapa yg mencari keja dzaman gawat ni, dipermudahkan urusan dan rezeki. Amin 🌹
0
Nikki's avatar'
Nikki•4 tahun yang lepas
Kalau yang mengandung ini kalau nak pergi interview memang susah nak dapat kerja sebab majikan tidak mahu ambil risiko mungkin dari segi kemalagan yang kita tidak jangka lebih2 masa covid cadangan untuk puan duduk rumah tunggu kelahiran anak selesai cukup bulan cuti bersalin baru pergi interview cari kerja biasanya yang pekerja baru interview dan diterima kerja sangat2lah susah nak dapat cuti panjang satu bulan atau lebih (tapi bergantung apa jenis syarikat @tugasan)
0
Jasmine Tan's avatar'
Jasmine Tan•4 tahun yang lepas
Betul la tu.. Majikan taknak kasi cuti bersalin la tu walaupn bru ngandung brapa bulan.. maybe dorang nak tgk juga performance 1 thn dulu kt onsite ke.. Ada gak majikan prefer single/tidak berkahwin sebab biasa yg belum berkahwin ni bole beri komitmen lebih ke kerja, kalau sudah married mungkin majikan risau x dpt bg komitmen penuh. Rasa aku je la..
0