Zoe Wei's avatar'
Zoe Wei2 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Macam mana nak improve unemployment gap di resume?

Min, nak tanya okay ke kalau ada unemployment gap dalam resume saya? Saya pernah berhenti sekejap lepas berkahwin, dan tak bekerja untuk tiga tahun dan sekarang ni saya nak cari kerja balik, untuk tolong husband saya sebab PKP ni tapi so far, banyak jugak majikan yang reject saya sebab saya ada kekosongan tiga tahun. Min boleh tak bagi idea macam mana saya nak improve diri saya?
0
Ariel Malek's avatar'
Ariel Malek4 tahun yang lepas
Sis hanya letak working experience & working skills yg ada before ni. Reason of resignation, sis letak yg sis terpaksa relocation ikut husband & buat jualan kecil-kecilan. Akhir kata, sis tulis la mcm ni. Able to learn and work in team.
0
Tee Jing Xuan's avatar'
Tee Jing Xuan4 tahun yang lepas
Gap takde masalah pon.. Kalo interviewer tanya ckp aje terpaksa berhenti sbb ikut suami.. However, dlm masa tu TT banyak belajar new skills contoh online business or join community utk improve communition skill and build networking.. Tapi gap tu bukan satu isu lah as long as sanggup bekerja semula
0
Jian Hao's avatar'
Jian Hao4 tahun yang lepas
Pakai cable jela... Mintak Tolong semua orang yang kenal dan tak kenal... Tegur je yang nampak macam boss kat Speedmart ke tesco... Desperate time needs desperate actions. Jangan malu. Hantam sahaja
0
Carol Tee's avatar'
Carol Tee4 tahun yang lepas
Unemployment gap trjadi selalunya ada dua sebab, career break atau purely unemployment. Majikan takut jika gap tu menjejaskan kualiti dan daya kemahiran pemohon. Ini akan menyebabkan majikan trpaksa latih semula pekerja tp tetap membayar gaji spt kemahiran penuh. Jd bg yg ada employment gap lbh dari setahun, kebanyakan majikan xrela ambil risiko, melainkan jika pemohon sanggup dibayar gaji lbh rendah atau gaji permulaan setara dgn graduan. Disarankan samada, ambil kerja dgn gaji rendah sbg career restart atau sentiasa 'muatkan' gap trsebut dgn kerja2 freelance atau xtvt yg mengasahkan kemahiran sedia ada (i.e. training) dsb. Tiga tahun kalo xbuat kerja, mmg otak akan tepu.
0