Bosan dengan kerja sendiri, patut ke buat business?
Hi semua izinkan saya nak berkongsi kisah saya.
Saya sudah bekerja di sebuah syarikat saya sekarang ni selama 5 tahun, pangkat saya pun boleh dikatakan tinggi dimana gaji saya sekarang ini sudah capai RM 5-6k sebulan. Kiranya saya ni boleh dikatakan selesa lah sebab masih bujang kan. Setelah saya kerja 5 tahun dalam syarikat yang sama saya jadi bosan and sebenarnya dah takde jiwa untuk kerja lagi sebab enviroment sama and takde challenges yang baru buat saya. Boleh katakan saya ni dalam comfort zone lah. Asyik buat benda sama je setiap hari. Siapa jer tak BOSAN kan. Saya mengaku kalau saya keluar dari company ini saya boleh dikatakan sangat bodoh, sebab siapa la yang tinggalkan company kalau semuanya okay kan.
Tapi hati saya memang dah takde nak kerja kat sini dengan buat benda sama setiap hari. SAYA BOSAN.
Saya jadi terseksa and skarang ni STRESS bila buat kerja. Kalau ikutkan HATI saya, saya nak bukak perniagaan sendiri sebab saya tengok dalam media sosial banyak jer orang boleh berjaya berniaga sendiri. Mesti lah saya pun boleh kan. Tapi tu lahh saya dalam dilema sekarang ni, DILEMA nak berhenti kerja yang GAJI selesa atau buka BISNES yang masih tiada hala tuju.
Itu jela yang saya nak ngadu dekat maukerja, sebab saya nak legakan bebanan hati. Thank you Maukerja sebab buat slot ni. Lega sikit la saya.