patut ke saya terima je pay cut di syarikat yang saya baru bekerja?
Hi maukerja. Saya nak tanya pendapat sikit.
Saya ada dapat tawaran bekerja di satu syarikat, dan sebenarnya awal awal diaorang dah bagitahu diaorang akan buat paycut dekat gaji saya. Saya accept je dulu, sebab saya tahu sekarang susah nak cari kerja however dah dalam 3 bulan kerja ni, saya rasa ada kemungkinan syarikat akan buat paycut ni dalam jangka masa yang lama dan saya takut jugak kalau company ni tiba tiba tutup.
Patut ke saya cari kerja baru atau pun bertahan je dekat syarikat sekarang ni?