Daut's avatar'
Daut•4 tahun yang lepasOther Workplace Issue

Terlalu stress dengan kerja. apa patut aku buat?

Aku ni kerja dah dekay 4 tahun lebih. Kerja pun sektor swasta. Company apa tu biarlah rahsia bak kata siti nurhaliza. Aku tak tahu la sektor swasta ni memang semua company jenis pressure kita ke macam mana. Or company aku jer yg dok pressure. Sebab aku tengok kawan aku yang lain keje gomen, kemain tunjuk gambar lepak lepak jer time kerja. Takde pun stress, tapi bila aku je, kerja bagai nak rak. Macam orang gila, sampai aku rasa stress sangat. Sampaikan tido pun aku fikir kerja tau. Aku nak jugak tukar kerja, tapi aku rasa takut sebab musim pandemik ni susah nak cari kerja. Kalau ada pun nak kene hadap probation lagi la apa la, leceh betul. Lagi satu aku takut jugak bila bila masa je kene kick kalau kita masih probation ni. Entah la min, kadang kadang aku jadi pening. Buat tu salah, buat ni salah. Ni kalau aku ngadu ni, confirm ah ramai orang cakap aku tak bersyukur la apa la tapi kadang kadang, kena faham aku ni pun manusia, tahu erti penat. Tu jela kot min, tak panjang pun ngadu macam orang lain. Just nak luahkan apa yang aku rasa. Thank you min.
0
N******** M* N**'s avatar'
N******** M* N**•4 tahun yang lepas
Stress sila ambil cuti. Kalau cuti xleh jln, jumpa bos ckp u nk Keja secara efektif minta portfolio dibahagikan antara team member. Kalu bos x suka minta tukar dep. Kalau tukar dep x boleh MMG dah kena berhenti kerja. Kerja mcm Zombie pun bukan bagus utk kesihatan mental.
0
KY0211's avatar'
KY0211•4 tahun yang lepas
ak dulu camni la.push2.siap ungkit lg bg gaji lg tggi banding ngn staf senior lain.gentle cakap ngn bos ak ko amik balik la gaji ko ni n skrg fokus bisnes lg tenang.tp bisnes bkn semudah disangka.kena la rajin
0
WEN NI's avatar'
WEN NI•4 tahun yang lepas
sama la dengan saya ni, musim pandemik ni la kena triple keja, sdh tu gji pula separuh bayaran,, mw berhenti mw cari kja d mana lagi, terpaksa tahan meskipun mw beli mkn pun paksa korek tabung,, tapi xda apa.. pasti ada jalan...😢😢
0
Jin Xuan Chong's avatar'
Jin Xuan Chong•4 tahun yang lepas
Takpa saya faham awak stress. Sabar tau. Biasa la hidup ni di uji. Setiap ujian yg datang sesuai dengan kemampuan kita. Awak kuat, awak hebat. Ramai lagi kat luar sana yg struggle nak kerja, apply sana sini tapi masih menganggur. Sekarang kan musim covid, ramai yg kena buang kerja. Hari tu ada orang share, stress kerja lagi bagus dari stress tidak bekerja. Awak stress2 gaji masih ada kan, orang lain ramai yg kena buang kerja double triple stress fikir komitmen dgn tak bergaji. Balik rumah rehat puas2, makan dgn seimbang, bersenam, baca quran, dengar lagu favourite, sedikit sebanyak dapat kurangkan stress. All the best!
0
Shin Long's avatar'
Shin Long•4 tahun yang lepas
Kebanyakan swasta memang macam tu dear... Keje sambil berlari2 nk pass order kt product manager, berlari2 kejar time out utk outstock, berlari2 buat billing..
0
Nazirul's avatar'
Nazirul•4 tahun yang lepas
Ramai orang kata bidang constuction ni for strong people, I think I believe that after reading your story.
0