Terlalu penat dengan kerja di dalam bidang pembinaan, patut ke aku keluar dari bidang ni?
Mempunyai pengalaman selama 5 tahun lebih dalam bidang pembinaan. Syukur kerana saya di permudahkan Allah swt untuk mendapatkan rezeki. Selepas hantar FYP, saya terus bekerja. Sudah 5 syarikat saya bekerja, paling lama tempat kerja sekarang iaitu setahun 5 bulan, namun bulan Mei nanti kontrak saya akan habis. Kontrak saya mula2 setahun kemudian 6 bulan. Kalau boleh saya ingin mencari kerja yang lebih stabil dan tetap. Saya senaraikan sebab2 saya berhenti dengan syarikat lama saya.
Company A : Gaji 14hb setiap bulan, saya terpaksa berniaga di tapak bina utk tampung hidup, tak lama disini dalam 7 bulan. Syarikat di TERMINATE oleh client
Company B : 10 bulan sahaja, Persekitaran toksik. Tiada bimbingan. Apa yg saya tahu projek baharu terpaksa di beri kepada kontraktor lain, kerana masalah duit dalam syarikat. Kawan2 ramai di berhentikan
Company C : Selepas beberapa bulan bekerja, syarikat kena TERMINATE dgn client kerana tiada progress
Company D : Saya stress sampai sakit2. Selepas saya berhenti, kawan2 saya yg lain di berhentikan dan ditukar dengan staff dari site lain yg sudah siap pembinaan
Company E : Habis kontrak bulan 5, kalau boleh saya tidak mahu sambung, kerana dlm term, notice saya 2 bulan...sebelum ini ada pergi IV tetapi mereka mahu menggunakan staff ASAP.
Jadi saya sudah FEDUP utk bekerja dlm sektor pembinaan yg selalu mengambil pekerja kontrak, saya ingin mencuba beralih arah ke sektor pembuatan,perkilangan, fasiliti, pertanian contoh nya...
Namun saya tiada keyakinan.
Doakan saya di bukakan pintu rezeki, dan dipermudahkan urusan sebelum kontrak saya habis. Teringin juga nak bekerja tetap, ada benefit, ada kenaikan gaji, ada bonus, kerja isnin-jumaat (saya pernah kerja 7 hari, oncall waktu malam, ahad client cari, siapkan report tgh malam walau dr site balik jam 10 mlm)...
Saya rasa ramai yg mcm saya, ingin keluar dr sektor pembinaan, sebab sepupu saya yg lelaki pun selalu sembang psl kerja, kau nak stay construction lagi ke?....huhu tak tahu nak jawab apa..kalau aku boleh dan dpt jawatan kat KKM tu, aku nak jer...tapi Allah swt dah tetapkan bukan rezeki aku.
Sekian. Terima Kasih Min