Patut ke kitaorang bayar tuntutan pekerja terhadap barang dia sendiri?
Hi min, saya nak tanya sebagai seorang majikan.
Saya ada pekerja photographer, awal awal dia bekerja, dia guna kamera sendiri tapi satu hari tu, dia sendiri yang rosakkan waktu photoshoot produk. Tiba tiba blackout katanya and saya sendiri tak pasti camera tu dah berapa lama. sebab previously ada staff checkkan kamera dia ada fungus, cuma dia tak hantar baiki. lepas kejadian tu, kitaorang belikan kamera, tapi kita dapat tahu dia guna kamera tu buat kerja part time dekat luar sebab dia kata nak bayar bulan bulan, tapi bila dapat tahu kita cakap kamera tu milik syarikat, terus dia hantar surat resign.
saya nak tanya, perlu ke syarikat bayar ganti rugi pada kerosakkan kamera?