Sudah tak tahan untuk bekerja, dan ingin hantar notis berhenti awal. Boleh ke?
Saya dah kerja dekat satu company ni setahun lebih. Saya dah tawar hati nak kerja tambah pula perangai bos saya ni gatal semacam. Awal awal, saya tak berhenti sebab PKP tapi kali ni saya nekad sebab dah tak tahan dan risau keselamatan diri saya. Jujur, offer letter saya tak pernah pegang jadi saya tak tahu berapa lama kena hantar notis.
Bolehkah saya bagi notis seminggu awal? Adakah tindakan saya betul? sebab saya risau duduk di syarikat tu lama lama.