notis resign 15 minggu??? kerja baru dua bulan dan dalam training jawatan yang saya tak terima .
Saya baru kerja dengan satu company ni 2 bulan , saya kena offer jawatan lain dan saya tidak mahu menerima jawatan tersebut kerana saya selesa dengan jawatan asal saya. Namun HR saya mengatakan kepada saya dia akan pindahkan saya ke branch lain jika saya hendak stay jawatan asal tu lah. Dan saya bersetujuh saja walaupun berat hati. Namun dia hulurnya pen utk saya sign agreement pada jawatan yang saya tolak itu dengan keadaan bingung saya pun sign surat tersebut dan sekarang saya terikat dengan agreement notis kena hantar 15 minggu . Saya takut jika saya berenti awal dari notis tersebut saya akan dikenakan denda. Namun 15 minggu sempat saya merasa gila di tempat tersebut . Apa yang patut saya buat?