Majikan ingin tahu tentang pekerjaan baru selepas saya menyerah surat perletakan jawatan
Saya baru berkerja dan masih dalam tempoh percubaan. Saya telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik dari sekarang dan telah menyerah surat perletakan jawatan untuk tempoh 2 minggu mengikut kontrak kerja yang ditetapkan. Persoalannya selepas saya menyerah surat perletakan jawatan majikan ingin tahu sebab berhenti dan secara detail tentang tempat kerja baru.