Hantar Resignation Kerana Boss/Pemilik syarikat dikhuatiri buat fraud/salah guna kuasa, Boleh ke Resignation tu dianggap Forced Resignation?
Saya mendapati Boss/Pemilik syarikat ada keluarkan 2 invoice berjumlah lebih kurang RM48K++ berkaitan kerja yang dibuat oleh saya, dan mendapati kedua-dua invoice ini tidak direkod didalam sistem Invoice syarikat. Kebiasaanya semua invoice akan dikeluarkan melalui sistem. Tetapi 2 invoice ini dikeluarkan menggunakan format lama, ref number juga tidak sama dan tidak ikot sequence yang betul. Saya mempersoalkan perkara ini didalam mesyurat HOD tahunan ( bagi suku terakhir) pada hari pertama. Namun, tanpa memberikan penjelasan berkenaan perkara itu, saya ditegur didalam mesyurat yang sama pada hari kedua "Ingin mengambil tahu hal syarikat dan mengambil alih jawatan Boss). Kerana kekhuatiran salah laku dan hilang kepercayaan kepada Boss san pengurusan, saya terus hantar resignation letter hari yang sama ( Notis 2 bulan). Ikut policy syarikat, saya akan dinafikan hak mendapat bonus kerana resignation letter itu dihantar pada awal bulan 12. Bonus akan dibayar pada penghujung bulan 1 dan 2 tahun berikutnya. Seminggu selepas menghantar notis resignation, saya diberikan show cause letter dengan issue 1) Raise inappropriate issue in a meeting 2) Misconduct and terang-terangan melawan pihak pengurusan. Adakah resignation saya yang pertama itu boleh dianggap sebagai force resignation untuk saya menuntut hak saya ( Bonus). Saya baru bekerja setahun lebih. Terima kasih.