BOLEHKAH SAYA BERHENTI 24JAM KERANA TIDAK PERNAH TERIMA NOTIS KERJA ATAU KONTRAK
Hai. Saya telah bekerja di satu syarikat ini setahun..saya mula bekerja pada dec 2022.. Saya berhasrat untuk berhenti kerana rasa tertekan... Semasa temuduga, saya diberitahu jawatan ditawarkan adalah pekerja am dan kontrak adalah 2 tahun dan saya jangkakan tugas saya hanyalah tugasan kecil sahaja tetapi apabila saya mula bekerja, pelbagai tugas perlu dilakukan seperti akaun, kerani, tukang cuci, delivery, etc. Saya juga tidak mempunyai sijil atau pengetahuan dalam akaunting jadi ini amat membebankan saya.. Walaupun sudah setahun bekerja, saya tidak pernah menerima sebarang notis kerja atau surat pengesahan kerja atau kontrak yang dijanjikan semasa temu duga.. Soalan saya, bolehkan saya memberi notis berhenti 24jam?? Terima kasih