M*** S***** A***** S****'s avatar'
M*** S***** A***** S****1 tahun yang lepasResignation Concerns

Company tambah notis behenti kerja tanpa persetujuan dengan pekerja

Hii, saya dri Selangor, Nak Tanya sebelum ini dalam contract saya cakap kalau nak resign mesti bagi notis sebulan .. tapi tiba2 management bagi memo yg kalau nak resign mesti notis 3 bulan utk semua perkerja .. Dan saya belom sign apa contract baru lagi utk notis 3 bulan .. adakah saya boleh resign dengan hanya notis 1 bulan? Dan Adakah management berhak suruh saya bayar 2 bulan sebab short notice?
0
alkap fadil's avatar'
alkap fadil1 tahun yang lepas
saya belum bekerja . .?
0
Nurul Shafika's avatar'
Nurul Shafika1 tahun yang lepas
Menurut Akta Kerja 1955, syarikat tidak boleh menambah tempoh notis berhenti kerja tanpa persetujuan pekerja. Jika dalam kontrak asal anda, tempoh notis adalah sebulan, maka anda hanya perlu memberikan notis selama sebulan. Anda tidak perlu memberikan notis selama tiga bulan seperti yang dinyatakan dalam memo baru. Management tidak berhak memaksa anda untuk membayar dua bulan notis tambahan jika anda meletakkan jawatan dengan notis satu bulan, menurut undang-undang yang sedia ada. Jadi, anda boleh meletakkan jawatan dengan notis selama sebulan seperti yang dinyatakan dalam kontrak asal anda.
0