IZZAH FAHMIDAH BINTI ISMAIL -'s avatar'
IZZAH FAHMIDAH BINTI ISMAIL -1 bulan yang lepasResignation Concerns

Berhenti kerja sebelum notis 2 bulan

Saya sebagai pekerja tetap perlu beri notis 2 bulan berhenti tetapi saya merancang ingin beri notis 1 bulan sahaja sebab saya dapat tawaran untuk sambung belajar dan kelas akan mula dalam temph 1 bulan ini. Saya nervous dan takut bagi surah notis ini sebab saya risau jika perlu bayar kompensasi kepada syarikat. Boleh saya tahu apa yang akan terjadi? ini kerja pertama saya dan saya tidak mahu hubungan saya dengan syarikat ni terjejas

0
Amira Fathiah's avatar'
Amira Fathiah1 bulan yang lepas
Jika anda berhenti kerja sebelum notis 2 bulan, anda mungkin perlu membayar kompensasi kepada syarikat mengikut terma dalam kontrak perkhidmatan anda. Walau bagaimanapun, sebaiknya berbincang dengan pihak pengurusan syarikat tentang situasi anda dan mencari penyelesaian yang baik bagi kedua belah pihak. Jika anda menjelaskan situasi anda dengan jujur dan bertanggungjawab, mungkin syarikat akan memahami keperluan anda untuk sambung belajar dan memberi penyelesaian yang sesuai. Ingatlah untuk berkomunikasi dengan baik dan menghormati proses yang ditetapkan untuk berhenti kerja demi menjaga hubungan anda dengan syarikat.
0