Tekanan di tempat kerja
Saya baru kerja nak dekat 5 bulan. 6 bulan kerja baru confirm. Nak resign sbb tekanan kerja dan manager yang suka perguna dan putar belit. Pernah disuruh buat kerja org lain yang bukan tugas saya. Balik malam sampai burnout dan disuruhnya pula OT hari offday utk siapkan kerja yg bukan kerja saya. Katanya nnt dapat duit. Apa gunanya duit kalau badan terlalu penat dan tertekan. Setiap kali inform dkt dia sesuatu, mesti dia akan putar belit dan kata saya tak inform. Cuba explain benda betul yang saya dah inform, tp dia tetap cuba putar belit utk salahkan saya.
Manager yang terlalu busybody dan suka menyalahkan saya. Bila ada staff dtg tanya saya, mesti dia akan busybody tanya, you ada buat salah apa? Mmg setiap masa ke saya buat salah dan tak boleh org lain tanya. Setiap kali cuti atau pagi esok dtg kerja, dia selalu selongkar dokumen di meja saya dan tak susun di tempatnya semula. Tp dia bising kalau org tak susun dokumen atau file dgn elok di tempat dia. Sometimes bila ade kejadian yang saya sendiri tak tahu. Mesti dia akan salahkan saya. Katanya mustahil org lain yang buat. Saya hanya diam dan ya kan saja.
Saya hanya akan berurusan dengan dia shj, sebab saya sebagai asst account. Jadi dia mmg akan sentiasa cari saya. Setiap kali saya yang dicari, mesti ada benda yang dia nak salahkan. Saya bertahan sebab fikir nnt susah cari kerja disebabkan saya baru sahaja mengandung dan nak cari duit lebih. Dalam masa yang sama, saya takut jika tekanan di tempat kerja ni akan beri effect pada kandungan saya.