Normal ke kita rasa bersalah bila nak tukar kerja ni? Saya sampai tak tidur malam fikirkan semua ni.. ada tips tak kalau mcm ni?
Hi min nak tanya,
Saya ni dah bekerja dengan majikan saya ni dekat 2 tahun. Baru baru ni saya ada dapat peluang pekerjaan baru.. Gaji yang ditawarkan tu pun besar dari gaji sekarang.. tapi saya sebenarnya rasa bersalah nak tinggalkan majikan saya sekarang ni oleh kerana mereka yang bimbing saya sehingga saya jadi handal sekarang ni.
Bila nak jumpa boss pun saya dah rasa takut sekarang ni...Normal ke kita rasa bersalah bila nak tukar kerja ni? Saya sampai tak tidur malam fikirkan semua ni.. ada tips tak kalau mcm ni?