Syuk's avatar'
Syuk5 tahun yang lepasResume Review

Hi saya nak tanya? Apa yang perlu diisi dalam resume bagi lepasan SPM ? Terima Kasih

0
Maukerja Malaysia's avatar'
Maukerja Malaysia5 tahun yang lepas

Hi Azim, resume untuk lepasan SPM mahupun fresh graduate sebenarnya sama sahaja, cumanya beza isipati di dalam resume tersebut. Untuk dapatkan resume template, awak boleh dapatkan di Maukerja Library. (https://library.maukerja.my/)


Saya pasti awak mesti confuse nak tulis dekat bahagian pengalaman kan? apa yang patut ditulis. Okay ini antara antara isi yang boleh ditulis:


1.Pengalaman Kerja Part Time


Pengalaman itu penting juga. Jika awak ada pengalaman walaupun hanya kerja sambilan, itu juga diambil kira. Sebenarnya, awak belajar banyak je benda sewaktu part time jadi pastikan awak mengambil peluang tersebut. Jika tiada pengalaman kerja juga jangan risau, awak sentiasa boleh menggunakan pengalaman sewaktu di zaman persekolahan.


2.Sertakan minat


Selain itu, awak juga boleh menyatakan minat awak kepada sesuatu subject mahupun sesuatu perkara yang berkenaan. Tak perlu letak semua pun, cukup dengan perkara yang sesuai dengan posisi kerja yang awak apply.


3.Tidak Perlu Nyatakan Keputusan


Sebenarnya, dalam resume tak perlu pun letak apa result awak untuk SPM. cukup nyatakan yang awak lulus, dan nyatakan di mana awak study. Mudah sahaja.


Harapnya perjelasan ni mudah untuk awak faham. Semoga berjaya!

0