Bolehkah HR tolong tuliskan resign letter untuk pekerja atas arahan pekerja tersebut?
Saya bekerja sebagai HR, sebelum ni majikan ada memberikan beberapa surat amaran kepada pekerja atas sebab prestasi kerja yang tidak baik. Setelah membuat perbincangan dengan pekerja, pekerja tersebut dengan rela hati untuk resign. Pekerja tersebut ada menyuruh saya (HR) untuk tolong buatkan resign letter bagi pihak dia dengan alasan dia tidak tahu untuk membuat surat berhenti kerja ( kerana sudah tua ) dan dia pun telah sign surat tersebut. Sekarang, pekerja tersebut datang ke JTK membuat aduan bahawa majikan telah memberhentikan dia. Jadi, soalan saya, adakah dalam kes ni saya sebagai HR salah kerana tolong dia menulis surat resign tersebut? Dan adakah majikan perlu membayar pekerja tersebut pampasan?