Perberhentian Kerja Tanpa Sebab Munasabah - Gaji >RM4K (MC sewaktu masih dalam tempoh percubaan)
Hi Tuan/ Puan,
Boleh ke mana-mana majikan memberhentikan pekerjanya yang masih lagi dalam tempoh percubaan (baru 09 hari bekerja) dengan hanya menyatakan keputusannya melalui telefon? Majikan juga menyatakan hanya akan membayar gaji setakat hari semalam tanpa mengambilkira MC yg diperolehi oleh pekerja tersebut pada hari semasa. Sebagai makluman, di dalam kontrak yang ditandatangani jelas dinyatakan bahawa mana-mana pihak yang berhenti atau diberhentikan sewaktu di dalam tempoh percubaan hendaklah memberikan 02 bulan notis atau bersamaan dengan 02 bulan gaji. Bolehkah saya mengadukan hal ini kepada JTK atau JPP? Mohon nasihat berkaitan daripada semua. Terima kasih.