pemberhentian pekerja
Hi.Saya igin memohon penjelasan daripada Tuan/Puan mengenai prosedur pemberhentian pekerja. Sekiranya seorang pekerja terlibat dalam perniagaan yang bersaing atau membuka syarikat serupa tanpa pengetahuan atau kebenaran majikannya, dan sekiranya majikan memiliki bukti yang mengesahkan pekerja tersebut telah melakukannya, adakah majikan berhak untuk memberikan notis pemberhentian dalam tempoh 24 jam? Atau adakah ia tetap perlu mengikuti prosedur notis sebulan seperti biasa?
Kami mempertimbangkan pemberhentian ini kerana kebimbangan bahawa pekerja tersebut mungkin menggunakan data sensitif syarikat untuk kepentingan perniagaan baru.