p***** s** a**** s****'s avatar'
p***** s** a**** s****4 bulan yang lepasTermination Rules

MAJIKAN BERHENTIKAN 24 JAM WALAUPUN SAYA DAH HANTAR NOTIS RESIGN 2 MINGGU

Hi,saya baru saja bekerja hampi 2 bulan tapi boleh tak saya nak tahu kalau saya dah hantar surat notis berhenti untuk 2 minggu (ikut company rules under probation) tapi tak sampai 2 minggu majikan saya berhentikan saya selama 24 jam. actually esoknya tu memang off day saya tpi malam tu majikan saya send by wasap tak perlu datang kerja sebab nak ambik staff baru. Jadi bila saya mintak bayar gaji full sebab saya rasa xfair, boss saya taknak dan suruh saya bekerja hingga hujung bulan kalau nak gaji full. Tapi offer yang diberi selepas berhentikan saya dan buang dari group staff. Boleh saya tahu, adakah saya masih ada hak untuk dapatkan gaji full dan pampasan disebabkan saya diberhentikan 24 jam dan bila sepatutnya dia membayar gaji saya sbb saya diberhentikan seminggu sebelum hujung bulan?

0
Zakaria Ahmad's avatar'
Zakaria Ahmad3 bulan yang lepas
Dalam situasi seperti yang anda gambarkan, majikan sepatutnya membayar gaji anda sepenuhnya kerana anda telah memberi notis berhenti mengikut peraturan syarikat. Majikan tidak sepatutnya menghentikan anda dengan serta-merta tanpa membayar gaji penuh anda. Jika majikan enggan membayar gaji penuh anda, anda berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa buruh yang berkenaan untuk mendapatkan bantuan untuk menuntut hak anda. Majikan juga sepatutnya memberi anda pampasan sebagaimana yang diperlukan di bawah undang-undang pekerjaan. Sila ambil langkah-langkah selanjutnya untuk menuntut hak anda sebagai pekerja yang diberhentikan secara tidak adil.
2