Saya wakil majikan ada Carum Kwsp , tapi tiada buat offer letter, dan baru nak mula carum PERKESO
Saya sebagai wakil majikan ingin bertanya, perniagaan pemilikan tunggal telah mengambil 2 pekerja iaitu dari kalangan ahli keluarga . Sekarang hanya mencarum kwsp sahaja kepada pekerja tersebut. Dan bercadang untuk mencarum perkeso pula selepas ini walaupun pekerja telah berkerja lebih setahun. Offer letter pun tiada buat. Adakah lewat mencarum dan daftar perkeso akan dikenakan denda. Adakah offer letter masih perlu dibuat, apakah kepentingan offer letter kepada kwsp dan perkeso. Perniagaan ini sejak 2013, tetapi sedang buat betul-betul bermula 2020.