N** N** I**** S******* B**** N** Z*******'s avatar'
N** N** I**** S******* B**** N** Z*******4 bulan yang lepasAbout Offer Letter

KERJA TANPA OFFER LETTER

Hi assalamualaikum, saya nak tanya tentang 'kerja tanpa surat tawaran'. Dipendekkan cerita, saya diterima bekerja di sebuah syarikat dan saya diminta untuk laporkan diri dengan segera. Semua ini berlaku secara lisan tanpa hitam putih. Pada hari lapor diri, saya diminta untuk mengisi borang staff dan bekerja seperti biasa. Setelah hampir setengah bulan bekerja, saya masih tidak menerima surat tawaran. Dan saya pun sudah tak berapa minat untuk bekerja di sini lagi, disebabkan beberapa masalah dalaman syarikat dan masalah peribadi. Jadi pertanyaan saya ialah, adakah dibolehkan untuk saya mencari kerja baru semasa saya masih bergelar pekerja di syarikat tersebut dan ia masih dalam tempoh percubaan saya?

1
S*** R*****'s avatar'
S*** R*****6 jam yang lepas
Waalaikumussalam..Senang cerita, awak bebas sangat nak cari kerja baru dan boleh blah bila-bila masa sebab secara teknikalnya awak tak terikat dengan sebarang kontrak sah. Ikut Akta Kerja 1955, majikan wajib bagi kontrak bertulis kalau kerja lebih sebulan tapi memandangkan awak baru dua minggu dan offer letter pun tak nampak bayang, anggap je sekarang ni fasa "kenal hati budi" yang tak jadi. huhuu
0