N** I**** F****** b* M*****'s avatar'
N** I**** F****** b* M*****3 bulan yang lepasAbout Salary & Benefits

Penempatan sebagaimana yang dijanjikan tidak disediakan

Semasa sesi interview, syarikat berjanji untuk sediakan penempatan. Walaubagaimana pun, ianya tidak dinyatakan di dalam kontrak. Namun begitu, saya mempunyai bukti conversation di antara saya dan HR di mana HR mengiyakan kenyataan syarikat menyediakan penempatan. Syarikat nyatakan yang penempatan dalam proses renovation dan akan selesai sebelum saya mula bekerja. 3 hari sebelum saya melapor diri, pihak management menyatakan bahawa proses renovation penempatan masih belum siap dan meminta saya menumpang di mana-mana rumah saudara untuk beberapa hari. HR menyatakan bahawa pihak mereka akan maklumkan sekiranya penempatan tersebut sudah boleh didiami. Saya telah mengambil inisiatif untuk menyewa bilik sewa berikutan tidak mempunyai mana-mana saudara terdekat di sekitar tempat kerja saya. Sepanjang bekerja, saya beberapa kali bertanyakan mengenai penempatan namun jawapan yang diberikan adalah meminta saya memberikan masa untuk mereka selesaikan renovation yang dijalankan. Sehingga hari akhir saya bekerja, saya masih tidak diberikan penempatan oleh pihak syarikat. Pada hari kedua terakhir saya bekerja, salah seorang pihak management (yang juga telah meletakkan jawatan) telah membawa saya ke rumah yang dijanjikan oleh syarikat untuk menunjukkan keadaan sebenar rumah tersebut. Sangat mengejutkan apabila rumah tersebut langsung tidak menunjukkan berlakunya proses renovation. Sebaliknya, rumah tersebut dipenuhi pokok yang menjalar sehingga ke dalam rumah. Persoalannya, bagaimana saya ingin menuntut ganti rugi daripada syarikat berikutan saya perlu menanggung semua perbelanjaan sewa bilik sepanjang bekerja selama hampir 4 bulan?
0
Syed Ahmad's avatar'
Syed Ahmad3 bulan yang lepas
Pertama sekali, anda perlu mengumpulkan segala bukti yang berkaitan seperti conversation dengan HR, surat-menyurat, dan sebarang dokumen yang menunjukkan janji penempatan yang telah dibuat oleh syarikat. Selepas itu, anda perlu membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Sumber Manusia atau Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dalam menyelesaikan isu ini. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari peguam untuk menuntut ganti rugi daripada syarikat. Pastikan anda menyimpan segala bukti perbelanjaan sewa bilik untuk digunakan sebagai bukti dalam tuntutan ganti rugi anda.
0