N** I**** F****** b* M*****'s avatar'
N** I**** F****** b* M*****3 bulan yang lepasAbout Salary & Benefits

Outstation sebulan setengah tanpa sebarang elaun perjalanan.

Dalam kontrak telah dinyatakan bahawa staf tidak boleh menuntut sebarang elaun perjalanan. Semasa sesi interview syarikat menyatakan bahawa staf kebiasaannya perlu outstation 2-3 kali dalam sebulan. Jarak di antara rumah saya dan cawangan temoat kerja saya adalah hanya 4km sahaja. Saya bersetuju dengan kontrak tersebut kerana memikirkan ianya tidak terlalu menjejaskan perbelanjaan saya sekiranya saya perlu outstation 2-3 kali sebulan. Pada minggu pertama saya bekerja, saya perlu ulang alik dari tempat tinggal saya ke HQ atas alasan perlu training. Jarak di antara rumah saya ke HQ adalah ±30km. Ini bermakna saya perlu ulang alik sejauh ±60km sehari. Saya juga perlu mengikuti jalan highway yg memerlukan saya membayar tol ±RM8 sehari. Walaubagaimanapun, training yang dinyatakan langsung tidak wujud. Sebaliknya saya perlu menggantikan tugas staf yang telah berhenti di cawangan HQ. Ianya bukan hanya seminggu, namun berlanjutan sehingga sebulan setengah. Hal ini kerana cawangan syarikat tempat saya perlu bekerja sebenarnya masih belum siap dan bangunannya masih kosong. Apa yang boleh saya lakukan untuk menuntut keadilan? Kerana kos perjalanan sepanjang outstation tersebut telah memakan lebih daripada satu per empat gaji saya. Syarikat jelas sekali mempergunakan saya dan berselindung di sebalik kontrak yang langsung tidak adil. Logikkah saya perlu outstation selama sebulan setengah tanpa sebarang elaun?
0
Muhammad Fikri's avatar'
Muhammad Fikri3 bulan yang lepas
Anda mempunyai hak untuk menuntut keadilan dalam situasi ini. Walaupun kontrak mungkin menyatakan bahawa tiada elaun perjalanan diberikan, namun dalam keadaan di mana syarikat meminta anda untuk outstation secara berterusan tanpa elaun dan atas alasan yang tidak jelas seperti dalam situasi yang anda terangkan, anda mempunyai hak untuk menuntut elaun perjalanan yang wajar. Anda boleh berbincang dengan pihak pengurusan atau jabatan sumber manusia syarikat untuk membincangkan perkara ini dan meminta elaun yang sewajarnya berdasarkan kos perjalanan yang telah anda lakukan. Sekiranya syarikat enggan memberi respons yang memuaskan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada kesatuan sekerja atau mendapatkan nasihat undang-undang untuk melindungi hak anda.
0