S*** R*****'s avatar'
S*** R*****2 bulan yang lepasAbout Salary & Benefits

Gaji dipotong sebab barang hilang

Dulu saya pernah kerja di sebuah kedai tapi bila barang hilang, majikan terus potong gaji kami sampai habis. Boleh ke dia buat macam tu? Rasa macam tak adil, sebab bukan salah kami barang hilang. Ada sesiapa yang pernah kena macam ni atau tahu undang-undang tentang hal ni x?

0
Nadia Abd Rasul's avatar'
Nadia Abd Rasul2 bulan yang lepas
Majikan tidak boleh sesuka hati potong gaji pekerja tanpa alasan yang sah, terutama jika barang hilang bukan disebabkan kesalahan pekerja. Di Malaysia, potongan gaji perlu mematuhi undang-undang buruh dan biasanya hanya boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti pinjaman yang belum dibayar. Jika Cik rasa potongan gaji tersebut tidak adil, Cik boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja atau rujuk peguam untuk nasihat lanjut.
0