S*** R*****'s avatar'
S*** R*****3 bulan yang lepasAbout Salary & Benefits

Gaji lambat masuk apa patut saya buat?

Gaji lambat masuk lagi bulan ni...saya dah start risau dah ni. Banyak benda nak kena bayar tapi gaji tak masuk-masuk. Saya patut buat apa dalam situasi macam ni? Dah bagitahu majikan tapi sampai sekarang tak masuk lagi gaji.

0
Nadia Abd Rasul's avatar'
Nadia Abd Rasul2 bulan yang lepas
Jika gaji Cik lambat masuk dan sudah maklumkan kepada majikan tanpa penyelesaian, semak dengan HR untuk memahami sebab kelewatan dan pastikan ada bukti komunikasi. Jika masalah berterusan, simpan semua bukti berkaitan dan buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai hak Cik.
0