N** A**** b**** A**** B*****'s avatar'
N** A**** b**** A**** B*****3 tahun yang lepasMauLuah

Ditawarkan Bekerja Sebagai Customer Service Locum (Pengganti Sementara)

Hai, Assalammualaikum. Saya ditawarkan untuk bekerja di sebuah hospital swasta sebagai Customer Service, tetapi sebagai Locum sahaja iaitu bukan pekerja tetap. Saya sudah tamat pengajian pada bulan Ogos 2021 dan sehingga kini masih mencarai pekerjaan. Katanya, kalau gaji saya 2K, 2K lah yang saya akan dapat tanpa ada kwsp dsbg. Mereka juga berkata, kemungkinan saya akan diserap masuk sekiranya saya bekerja lama disini. Jadi saya tidak tahu patutkah saya terima tawaran ini atau tolak? Buntu.
0
N** N** A****** b**** N** A****'s avatar'
N** N** A****** b**** N** A****3 tahun yang lepas
Jika boleh, terima dulu kerana sekarang susah nak cari pekerjaan. boleh terima kerja untuk kutip pengalaman. Cukup setahun, jika masih tak diserap, boleh cari kerja lain. untuk kwsp, boleh mencarum sendiri. Sekarang ada skim i-saraan untuk caruman kwsp sendiri. harap komen ini membantu. :)
2