saya ingin bertanya, perlu ke saya resign ataupun stay saja
Hi, saya nak tanya, saya sekarang bekerja sebagai seorang setiausaha kepada dato dan datin sebelum ni saya bekerja dalam bidang HR selama 3 tahun dan saya mengambil cabaran bekerja dlm bidang setiausaha kerana saya mempunyai diploma in secretarial. saya baru sahaja 9 bulan bekerja tapi setiap hari saya rasa mcm takda hati nak pergi keje sebab boss saya dia jenis yang seminit sebelum dia mintak buat kerja ikut cara dia dan selepas buat dia akan cakap buat cara lain dan dia akan marah sebab tak ikut cakap dia sedangkan seminit yg lepas arahan dia lain tapi dia takkan mengaku arahan tu dari dia dan selalu cakap saya buat ikut hati sendiri ayat dia selalu cakap pada saya 'company ni saya punya berapa kali nak tukar arahan pun you kena ikut' dan 'saya bayar gaji you' . dia akan jerit sentiasa pada saya bila saya bertanya mengenai kerja dia akan suruh saya buat sndiri tanpa bertanya tapi bila saya buat sendiri pun dia akan marah dia akan ckp kenapa tak tanya everything kerja kena tanya jangan buat suka-suka bukan company bapak you. so saya rasa mcm toxic sangat boss saya ni tak pernah sekali pun dia cakap baik2 dgn saya arahan dia sentiasa berubah ikut mood dia. kalau dia ada masalah family dia akan babitkan saya sekali dia akan jerit dekat saya untuk lepaskan geram. perlu ke saya resign atau bersabar je