Hi semua saya sebenarnya tengah mencari kerja kosong kerajaan tapi bila dah lama apply rasanya macam susah sangat nak dapat. Rasanya macam betul bila orang cakap kena guna kabel baru boleh dapat kan?
Saya ni berumur 28 tahun dan sekarang ni kerja di dalam swasta. Sejak saya habis belajar dulu memang saya tak pernah miss langsung untuk mencari kerja kosong kerajaan. Tapi bila dah lama lama apply ni rasanya memang betul orang cakap kerja kosong kerajaan ni semuanya perlukan orang dalam baru boleh dapat. Dah banyak interview saya masuk malah saya ambil kelas lagi untuk bantu saya dalam interview kerja kerajaan tapi semuanya tak berjaya. Adakah betul kerja kosong kerajaan ini hanya untuk orang yang kenal orang dalam sahaja atau tidak? Apa pendapat anda?