Majikan potong gaji tanpa notis? Boleh ke macam tu? Majikan multimillionaire dan multi business tapi tak prihatin tentang gaji pekerja.
Hi min, hi all. Saya just nak berkongsi cerita, but in the same time, saya nak bertanya juga. Cerita dia dah berlaku dalam 2 tahun lalu, around pertengahan 2021. Saya baru mula bekerja di sebuah restoran di kuala lumpur, boleh dikatakan kawasan saya bekerja tu dalam kawasan elite, area mall yg elite juga, mmg jarang nampak org biasa2 lepak2 di mall tu. Dari kereta yg lalu lalang kat situ, saya boleh cakap sangat rare untuk tengok myvi lalu, motor2 yang lalu pun motor food delivery. Kalau ada motor yg lalu, mesti superbike atau motor mahal mcm harley davidson atau seangkatan dengannya. Kereta ferarri, lambo, mustang, g wagon, mers tu daa biasa sangat nampak parking tepi kedai. Selamba parking kat valet and lepak lama2 dari tengahari sampai malam. So dari situ boleh agak laa tempat tu mmg tempat org2 t20, mungkin. Dan majikan tempat saya ni bekerja pun dikenali ramai dan berangkat juga. Pada mulanya memang seronok bekerja di situ, environment tak toksik, pekerja lain masuk air mcm saya jugak dan sekepala, jadi tak susah untuk saya bekerja. Saya bekerja sebagai pelayan dan gaji yang saya terima pada waktu itu adalah 1.4k. Masa ni belum ada gaji minimum 1.5k lagi. Saya bekerja dari bulan january sampai ogos tahun tu. Kiranya itu tempoh percubaan dan selama tempoh percubaan, epf socso saya tak ditolak. Saya pun baru tahu sebab majikan tak inform dan dalam contract pun tak inform. Saya dapat tahu pun bila saya mintak slip gaji nak tgk. Ok lah sye ckp xpe laa sebab ngam 1.4k tu saya dapat kat saya. Semuanya berjalan lancar. Saya dikira bertuah sebab majikan sediakan hostel, yang saya bayar separuh sahaja sewanya. Rumah dan kedai tidak terlalu jauh lebih kurang 1.5 km mcm tu. Kadang2 saya naik grab, kadang2 saya jalan kaki, walaupun jalan kaki amik masa dlm 20-30 minit, tapi saya tak kisah, saya mmg suka berjalan. Sampailah masa mco kedua. This is things start to get nasty. Bila semua kedai tak boleh buka untuk dine in, sales pun drop, jadi kami focus untuk delivery. Ouh lupa nak mention, beberapa bulan selepas saya kerja, saya ditawarkan untuk handle social media kedai, tiktok, whatsapp dan instagram. Majikan follow social media saya dan suka cara saya buat content. So majikan cakap nak bayar saya dlm 200 sebulan sebagai elaun saya buat content. Saya tanya majikan, ada goals tak untuk berapa banyak content nak kena buat, nak buat video ke gambar ke, nak hit berapa like satu content? Majikan kata takde, just buat ikut kreativiti saya, janji everyday ada content yang di post. Saya terima tawaran tu, so hari2 laa saya amik gambar, buat video, ambil order dari whatsapp dan ig untuk delivery atau reservation, and in the same time jadi pelayan di kedai. Tapi saya tengok gaji saya tetap 1.4k je sebulan. Mula2 saya tak endah, mungkin diorg terlupa atau mungkin masuk bulan seterusnya. Jadisaya bekerja mcm biasa, buat content dan jadi pelayan kedai. Pelayan kedai termasuklah cashier sekali. Berbalik kepada cerita mco kedua tu, tanpa notis, majikan potong gaji saya dan staff2 lain, at least gaji saya dari 1.4k ke 500 lebih sebulan. Ditengah kota kuala lumpur, gaji 500 lebih sahaja sebulan, nak buat ape? Ye saya faham, hostel dah tolak dari gaji, tapi mcm mana dengan tanggungan saya yg lain, bill telefon, makan minum, nak bagi parents, emergency, etc? Dan lepas tu saya tanya majikan, kenapa gaji dipotong? Majikan jawab sebab takde sales. Saya tahu takde sales tapi tak adil jika dipotong gaji tanpa notis macam ni. And slip gaji bila mintak baru bagi itupun nak kena tunggu berhari baru dapat. Nak kata majikan mmg takde duit langsung nak bayar gaji pekerja, agak mustahil, sebab majikan memang orang kaya, bukan restoran tu je bisnes die. Kalau saya sebut bisnes die, satu malaysia tahu. Boleh kata die multimillionaire. Kejam bila dia potong gaji staff sebab tak ade sales. Bukan staff tak buat kerja. Kami staff da buat macam2 untuk tarik customer, kalau customer taknak datang atau taknak beli makanan dari restoran, takkan kami staff nak paksa customer beli juga. Tapi, yaahh, majikan tetap salahkan staff sebab takde sales dan salahkan staff sbb tak dapat customer. Saya pada mulanya hanya iyakan. Satu hari, saya dah tak tahan, bygkan 3 bulan dapat gaji 500 je, saya balik yg tebal muka pinjam kat parents. Sepatutnya saya bekerja saya yg kena bagi parents duit. Ada satu masa saya tersilap ambil order customer. Sepatutnya customer order item itu 2 tapi saya terbagi satu sahaja dan customer dah bayar dahulu jumlah dua item. Disebabkan customer guna delivery, bila dah sampai item tu baru customer bagitahu yang barang tak cukup satu. Jadi saya offer pada customer yang saya boleh hantarkan lagi satu item tu pada dia tapi delivery tak perlu bayar, kiranya saya tanggung sebab silap saya. Tapi customer tak nak dan customer nak refund utk 1 item yang die tak dapat tu. Jadi saya refund balik. Bila majikan dapat tahu, of course saya kena marah, tapi bukan kena marah sebab saya silap hantar, tapi kena marah sebab saya refund duit customer. Majikan cakap jangan refund just bagitahu customer yang barang akan sampai sebab dah hantar. Padahal barang tu tak hantar pun. Fyi, item tu tak masuk kat kitchen pun jadi bila saya refund, tiada kerugian pun yang ditanggung restoran. Dan majikan minta saya bayar ganti duit yg saya refund pada customer tu. Dia cakap melalui p.a die, yang dia nak saya bayar malam tu jugak. Need to mention that time, saya takde duit langsung. Mmg seringgit pun xde. Nak tahu tak berapa refund yang dia mintak tu. Jeng jeng jeng, rm 65.... Dia mintak refund dari saya, pekerja dia, rm 65. Dia, seorang multimillionaire, berpangkat, mintak saya refund rm 65 malam tu jugak. Kelakar kan. So saya bagitahu p.a die yang saya takde duit masatu, kalau nak juga nanti potong laa gaji saya bulan depan, ye saya mintak die potong rm 65 dari gaji saya 500 lebih tu. Tapi saya tengok gaji tu tak potong pun, saya rasa mungkin die lupa jadi saya diamkan aje. Sampai satu hari, banyak perubahan pada reservation sampai ada yg cancel dan ada yang nak reserve tapi takde nama, majikan punya kawan2 juga. Jadi saya direct dalam group, yg ada majikan saya ckp, kalau lepas ni ada apa perubahan tolong bagitau awal2 jangan last minute supaya takde kekeliruan, bahasa yang saya pakai takde laa kasar mcm ni, masih professional. Dan selepas tu, manager kedai (family majikan juga) mesej saya, dan berlaku arguement dlm mesej tu. Dan die terus call saya dan marah2 kat saya kenapa mention dalam group, kenapa tak mention pada manager. Saya ckp laa sebab senang supaya semua boleh take note. Dia marah bukan sikit2 ye mmg hilang terus professionalism die, mmg tengking2 tinggi suara maki2. Mmg dari mesej tu pun saya dah hilang sabar dan saya ada gunakan sarcasm. Habis semua saya ungkit, dari potongan gaji, rm 65 refund tu dan elaun saya. Pasal elaun ni kelakar sampai rasa nak lempang muka masing2 nak suruh diorg stop. Dia (manager) kata dia taktau ape2 pasal elaun tu, setahu die, semua pekerja kena post something on social media kedai, kalau ade content atau kelapangan. And pekerja kena buat sbb skop kerja. Tak kira laa pelayan ke chef ke, sape yg tengah pegang phone kedai and ade content nak post, kena post. Cmtu pulak... Dan if saya nak elaun tu sila mintak pada majikan. Dia dah tengking2 saya maki2 saya dlm phone, saya malas nak layan saya diam je sampai laa dia hung up. Dalam conversation tu manager ada ckp yg kalau saya dah takde hati nak keje situ, berhenti je laa.. Bukan saya ckp ye die cakap. Sebulan lepas tu, saya dapat surat yang sepatutnya surat saya diterima bekerja sbb saya dah habis tempoh percubaan, tapi saya dapat surat utk tidak diterima bekerja. Dan tarikh terakhir saya bekerja pun diberikan dlm surat tu. Saya pelik, sbb saya sorg je yg dapat surat tu, dan keadaan kedai mmg tak cukup staff. Staff lain ada juga nak berhenti kerja sukarewal tapi majikan tak bagi surat yg mcm saya pada diorg, tapi tunggu resign letter diorg sendiri. Dan satu hari tu, kami staff2 lepak sama2, dan chef kedai, yg rapat juga dengan majikan tapi rapat juga dengan kami, bagitau saya, yg majikan ada ckp kalau nak kerja lagi bagitau laa dgn majikan, buat surat rayuan ke minta maaf ke. Haa?? Kelakar ape ni? Saya mintak maaf? Untuk ape? Gaji dipotong salah saya ke? Saya dapat surat tu salah saya ke? Jadi saya ckp pada chef "takpe laa chef, dah takde rezeki". Jadi sampai tarikh akhir saya tu, saya pun berhenti dan balik kampung. Sampai sekarang saya dah tak contact dgn majikan tu, cuma kadang2 contact laa jgk dgn ex colleague melalui insta. Cuma nak jumpa tu susah,. Sekarang alhamdulillah saya dah dapat kerja yg lebih baik dan majikan yang sangat2 menjaga kebajikan pekerja. Sale teruk mcm mana pun majikan bayar gaji penuh, kadang lambat atau cepat je. Terharu, sebab majikan sekarang pemilik restoran juga tapi bukan multimillionaire, tapi dalam menjaga kebajikan pekerja, lebih baik dari majikan multimillionaire dan multi business... Itu laa ceritanya... Soalan saya, boleh ke majikan tak potong epf socso kita masa tempob percubaan, dan boleh ke majikan potong gaji kita tanpa notis? Siapa2 yg tahu tolong bagi pencerahan ye... Thats all for now!