A***** F******'s avatar'
A***** F******2 tahun yang lepasMauLuah

Perubahan waktu berkerja baru beri kesan terhadap pekerja bawahan.

Hi semua, Niat saya hanya nak luah pengalaman kerja. Sebelum ni saya ada kerja di satu syarikat retail. Seronok walaupun kerja retail. Waktu tu manpower tak cukup, tapi takpe saya cuba tahan tapi sejak saja syarikat umum perubahan waktu berkerja dah rasa tak seronok dan tak tahan. Kenapa? - Syarikat janji 5 hari kerja, 2 hari cuti. 3 hari kerja 12 jam, 2 hari kerja 9 jam. (Sebelum ni 3 hari 12 jam, 3 hari 8 jam.) - 2 hari cuti akan ada beza kiranya cuti biasa atau cuti berkerja (dikira OT) - Kiranya 2 hari cuti tu nak seimbangkan dengan waktu kerja yang berubah. - Saya takde masalah kalau tak dapat cuti hujung minggu sebab bagi saya kerja waktu hujung minggu ni seronok. Yang staff dapat : - 3 hari kerja 12 jam, 3 hari kerja 9 jam - OT rasa macam tak berbayar. - Dapat tu dapat tapi lebih kurang macam gaji biasa. - Penat sakit badan yang sakit sangat. Nak rehat dalam masa cuti 1 hari pun tak cukup. - Cuti agak susah nak dapat. Dengan perubahan waktu berkerja tu saya perasan pekerja bawahan saya ramai yang ambil MC dan tak masuk kerja tanpa notis. Saya tanya perkerja rata-rata cakap mereka penat. Saya nak tegur mereka pun serba salah sebab mereka manusia dan mereka perlukan rehat yang cukup. Nak bagi notis pun rasa bersalah, sebab sebahagian daripada mereka saya tahu situasi mereka macam mana. Saya suka bila pekerja minta tolong, sebab dari situ saya dapat faham situasi pekerja tu macam mana. Saya berhenti sebab badan terlalu sakit. Bukan takat badan tapi mental pun sakit. Saya berhenti pun dalam keadaan serba salah sebab saya tingalkan keluarga ke-2 saya macam tu saja. Saya rasa seronok sebab bila dapat BM/ABM yang faham keadaan perkerja dia dan ambil berat akan perkerja bawahan dia. Yang menjadi isu bagi saya ialah apa tindakan Manager atasan pada waktu itu. Kalau ada silap Manager atasan akan marah BM/ABM kemudian BM/ABM akan tergus perkerja bawahan dia. Rindu nak kerja semula tu ada tapi dengan harapan syarikat ambil lah berat akan pekerja bawahan yang bantu naikkan sale syarikat. Apa pandangan korang?
0
Nurul Iqbal's avatar'
Nurul Iqbal2 tahun yang lepas
Based on the experience shared, it is clear that the change in working hours had a significant impact on the employees. It is important for companies to take into consideration the well-being of their employees when implementing changes to the working hours. The company could have conducted a survey or held discussions with employees to better understand their needs and concerns before implementing the changes. The high number of sick leaves and absences without notice could have been avoided if the company had taken proactive measures to address the concerns of its employees. In addition, it is important for managers to support their subordinates and show empathy towards their situation, rather than just complying with the orders of their superiors. Overall, companies need to prioritize the well-being of their employees as ultimately, a happy and healthy workforce leads to better productivity and success for the company.
0