Patutkah saya berhenti kerja walaupun saya belum mendapat kerja baru?
Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah patut saya berhenti kerja atas sebab saya tidak dapat menahan beban kerja? Saya telah bekerja selama hampir 2 tahun 7 bulan. Pada awal pekerjaan, saya ditawarkan bekerja sebagai seorang kerani. tugas utama saya ialah sebagai seorang kerani gaji. saya merupakan seorang fresh grad tanpa pengalaman pada ketika itu. saya pernah tidak diterima bekerja dalam 1 interview kerja hanya disebabkan oleh saya tidak mempunyai pengalaman kerja. Jadi, saya sangatlah menghargai apabila syarikat terbabit telah mengambil saya bekerja dalam keadaan saya yang tiada pengalaman. Saya juga telah diterima kerja biarpun ianya berbeza dengan kelulusan yang saya miliki.
Pada awal 2 tahun saya bekerja, saya cuba untuk adapt dengan keadaan sekeliling biarpun pelbagai masalah datang. Perasaan ingin berhenti kerja telah ada biarpun saya hanya baru bekerja. Tetapi saya tetapkan kuatkan diri. Dan saya mula untuk menyukai dan menguasai pekerjaan saya setelah 6 bulan bekerja. Walaubagaimanapun, saya seringkali berasa letih disebabkan oleh saya terpaksa melakukan kerja yang kadangkala bukan dalam skop kerja saya.
Pada Nov tahun lalu, saya telah diarahkan untuk melakukan pekerjaan baru yang berkaitan dengan r&d tumbuhan. Hampir 90% kerja lama saya diserahkan kepada kerani lain. Saya berasa seronok keranan saya saya libatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan bidang belajar saya. Namun begitu, saya mula berasa letih apabila saya masih perlu melakukan serba sedikit pekerjaan sebagai seorang kerani. Urusan surat menyurat, emel dan lain lain masih perlu saya tangani. Bukan itu sahaja, pekerja yang mengambil kerja saya juga kadangkala tidak ingin berusaha untuk mencari penyelesaian dan suka untum menunggu saya daripada mencari jawapan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa.
Seorang pekerja pula telah mengalami masalah kesihatan dan saya juga telah diarahkan untuk membantu rakan sekerjanya. Saya hanyq mampu untuk mengikut arahan. ini telah menyebabkan saya oerlu melakukan pelbagai kerja dengan gaji kurang daripada rm1800. Saya sering menangis pada mulanya aoabila memikirkan kerja saya. tetapi saya cuba untuk kuatkan diri dan menjadi lali.
Saya ingin berhenti kerja baru baru ini tetapi saya kuatkan diri untuk bekerja sehingga tempoh oengalaman saya mencukupi 3 tahun iaiatu pada jan 2024.
Persoalan saya, adakah saya oatut berhenti kerja pada jan 2024 biarpun pada waktu itu saya masib belum dapat kerja baru? atau adakah saya oatut bekerja sehingga saya mendapat kerja baru?