Berhenti berniaga, mula kerja makan gaji di syarikat orang lain
Hi admin, saya nak luah situasi saya sekarang. Saya ada Master, tapi selepas grad saya terus berniaga. Selama 6 tahun berniaga, pendapatan pun ok. Tetapi selepas pandemik perniagaan saya mula hadapi pelbagai masalah. Terutamanya sales semakin teruk dan terpaksa buang pekerja. Sehingga, wife saya terpaksa berkerja di syarikat orang lain untuk tampung hidup. Hutang pun banyak keliling pinggang. Sekarang, saya tutup perniagaan saya dan mula berkerja di sebuah syarikat bahagian marketing. Gaji dia offer RM3200 basic termasuk elaun RM3800. Ok ke gaji ni untuk graduan Master dan berpengalaman uruskan perniagaan selama 6 tahun? Berapa gaji yang sepatutnya saya boleh demand?