M****** F**** B** M*** A**'s avatar'
M****** F**** B** M*** A**1 tahun yang lepasMauLuah

Pengalaman bertambah, gaji tak nak tambah. Saya sudah bekerja 6 tahun dalam bidang Ukur (Land Survey).

Mula2 saya bekerja di firma Juruukur berlesen selama 2tahun, disebabkan gaji sangat kecil hanya RM1600 sahaja untuk fresh grad Degree, saya pun tukar syarikat lain. Kemudian 4 tahun dengan syarikat freelance starting RM2000 sekarang RM2700 gaji pokok. Elaun RM1000. Mulanya ikhlas kerja sebab nak cari pengalaman, sekarang bila sudah bekeluarga komitmen makin tinggi, Kerja bersungguh2 tak pernah nak curi tulang sehingga banyak kena handle masalah2 site . Tapi bila tak dapat siap, selalu kena komplain sahaja. Bila ada orang baru masuk. Gaji diaorang lagi tinggi, padahal beza 1-2tahun pengalaman tapi buat kerja banyak tak tahu, saya yg kena guide dan ajar satu2. Yg saya sedih, majikan saya gunakan saya sebagai benchmark untuk pekerja yg lain, memang dia ambil kesempatan dari gaji saya yg rendah untuk membanding2kan kerja saya dengan mereka. Dia mahu pekerja kerja lebih macam saya, tapi gaji nk bayar rendah. Alasan majikan saya, dia sudah bayar gaji tinggi. Kalau tinggi tak akan lah kerja professional tapi masih B40? Bila minta kenaikkan, selalu kata rugi, tapi dia dapat pakai kereta baru Alphard, Camry. Yg jadi sedih, bila nak mohon kerja company lain, ramai minta payslip, bila tengok gaji pokok rendah, dia pun bagi tawaran tinggi sikit sahaja previous salary. Lagi2 bila syarikat tu hanya bagi gaji pokok sahaja, tiada elaun.
0