Syarikat tidak meneruskan kontrak saya yang sedang hamil 7 bulan
Assalamualaikum. Maaf saya mahu tanya pendapat. Saya sekarang sedang hamil 7 bulan. Di surat kontrak saya ada menyatakan tamat kontrak pada 31 Okt 2023. Tetapi saya menganggap kontrak saya disambung kerana majikan lambat memberitahu saya bahawasanya kontrak saya tidak akan disambung pada tarikh 20 nov 2023 dan saya akan last bekerja pada hujung dec ini. Padahal dalam masa yang sama majikan memang tahu status saya yang sedang sarat hamil. Mereka tidak mahu meneruskan kontrak saya. Adakah kes saya ini boleh buat aduan di JTK atau JPP? Terima kasih