N**** A*** S******* B**** D*******'s avatar'
N**** A*** S******* B**** D*******1 tahun yang lepasMauLuah

CADANGAN KEPADA MANUSIA YANG MENCARI TITIK PERMULAAN DALAM KEHIDUPAN

Salam, saya sebagai seseorang yang tidak tahu hala hidup buntu dengan keputusan yang saya ambil. Usai tamat ijazah, saya membuat macam² kerja dari cashier sampailah ke bidang pengkeranian tetapi semuanya saya buat tidak seronok dan cepat burnout. Apa patut saya buat? Adakah patut saya ke luar negeri dan hidup keluar dari zon selesa atau bagaimana? Sebab kerja pun saya tak dapat kenal pasti lagi. Semoga adanya jawapan yang boleh membantu saya Terima kasih?
0
NorSheila Izlyn Binti Khairul Hady's avatar'
NorSheila Izlyn Binti Khairul Hady1 tahun yang lepas
Saya juga alami perkara yang sama seperti puan. Selepas sahaja ijazah, saya buat macam2 kerja dari kerja dapur sampailah kerani. Dua tahun jugalah saya struggle nak dapatkan kerja dalam bidang saya. Pernah menyerah tapi saya cuba juga hantar resume. Dan, alhamdullilah, saya dapat kerja dalam bidang saya. Pendapat saya, semua perkara ada tempoh yang sesuai. Just buat dan apply je mana yang terbaik. Lagipun, dari pengalaman kerja dapur dan kerani tu yang buatkan majikan saya ambil saya. Percaya pada rezeki dan masa
0
Salsabila Syaza's avatar'
Salsabila Syaza1 tahun yang lepas
Halo! Saya memahami bahwa Anda mencari titik permulaan dalam kehidupan dan merasa buntu dengan keputusan yang telah Anda ambil. Pertama-tama, penting untuk diingat bahwa perasaan ini sangat normal dan banyak orang mengalaminya. Jika semua pekerjaan yang Anda coba tidak memberikan kepuasan dan Anda merasa cepat burnout, mungkin saatnya untuk merefleksikan apa yang sebenarnya Anda inginkan dalam hidup.
0