luahan tentang generasi zaman sekarang yang terlalu manja. Manja tak masuk akal. Tegur sikit, berhenti.
Salam min, baru-baru ni saya ada ambil seorang pekerja perempuan sebagai customer service. Gaji dia RM 1,800. Siap ada komisyen lagi. Umur dia 23 tahun.
Dia kerja baru 5 hari, lepastu tiba-tiba hari ni tak datang. Saya call tak angkat, last-last saya ws dia reply. Saya tanya, knp tak datang, sakit ke. Lepastu dia kata, dia nak berhenti. Saya tanya, boleh tahu sebab? Dia kata “saya tak tahan bila kena push. Saya tertekan.”
Wallahi saya ajar dia 5 hari tak pernah saya push, ajar penuh lemah lembut, siap selalu puji dia bijak, bagus. Tetapi hari last dia kerja tu, saya ada minta dia fokus dengan apa yang saya ajar, sebab dia dah buat salah yang sama lebih 3 kali. Saya suruh fokus je min, dalam nada suara yang tegas sikit, tak marah pun, dia terus muka nak nangis. Lepastu isnin terus tak datang. Saya tak tahu lah, generasi muda zaman sekarang memang generasi ‘strawberry’. Suruh fokus sikit, nangis pastu berhenti.
Dia ada cite haritu, sebelum dia kerja dengan company saya, dia ada kerja dengan company lain sebagai customer service jugaa. Tapi dia kerja 1 hari je, sebab majikan lama tak bagus katanya. Now, baru saya tahu, jenis yang lompat-lompat kerja rupanya.
Dan saya bukan body shaming, tetapi badan dia jenis obesiti yang teramat sangat. Sekarang barulah saya tahu, kenapa company besar seperti TOP GLOVE pentingkan BMI badan untuk jdi pekerja.. rupanya orang obesiti ni banyak alasan dan negatif.
Sekadar luahan, maaf jika ada tersinggung hati sesiapa. Cuma nak pesan, sampai bila kamu nak begitu? Saya dah ajar lembut macam tu pun kamu terasa, patutlah dengan company lain kamu tahan 1 hari je.
Move on la dari zaman remaja. Belajar lah bahawa dunia realiti memang kena kental. Ramai lagi yang bersaing di luar sana semata mata nak dapatkan peluang pekerjaan. Tapi, awak siakan peluang sebab melayan perasaan awak tu.
Kepada parents yang ada anak, jangan manjakan sangat dan ikutkan sangat keselesaan anak. Ajar dan didik anak tentang how to survive dunia realiti. Takkan kamu nak sara anak tu sampai ke tua?
Itu sahaja sesi luahan, harap admin dapat post.. jika min rasa yang tentang ‘obesiti’ tu terlalu over, min tolong padamkan ya.. asalkan min post..terima kasih ??