Peraturan pelik daripada majikan dan management yang huru hara.
Hi saya kat sini nak cerita tentang pengalaman kerja baru yang saya dpaat.saya bekerja sebagai kitchen helper. Apa yang pelik dengan syarikat yang saya sedang kerja sekarang nie ialah setiap kali tamat shift pagi atau petang perlu selfie bersama² dengan rakan sekerja yang lain dan dihantar didalam group whatsapp syarikat tersebut dengan alasan pemilik syarikat tersebut mahu melihat siapa yang berkerja pada shift tersebut. Bagi saya ini sangat mengarut dan tidak masuk akal kerana sudah ada tersedia jadual,cctv di outlet dan tumb print untuk melihat rekod staff dan kenapa perlu selfie? Selain itu setiap kali menyiapkan order pelanggan saya perlu mengambil gambar makanan setiap satu stiap shift dan perlu dihantar didalam group syarikat tersebut ini membuatkan saya burn out kerana selama saya berkerja di tempat² lain sebagai kitchen helper tiada peraturan yang tidak masuk akal sebegini. Saya amat menghargai pandangan semua sila komen pendapat anda...✌?